Assalamualaikum semua..
First entry, baru nk berjinak-jinak dalam dunia blogging. Kalau ade terkurang terlebih, harap maafkan ye.
Di sini saya nk kongsi dengan pembaca sekalian tentang itinerari dan pengalaman saya jalan2 ke Tokyo baru2 ni termasuk segala kos. Saya tak pasti tu bagi pembaca2 sekalian murah ke mahal.
Planning kami ambik masa lebih kurang sebulan. Plan nya termasuk cari tempat2 menarik dan cara nak ke situ. Banyak info boleh dapat dari www.japan-guide.com, https://www.jnto.go.jp.
Download siap-siap apps yang offline. Sebab kami tak rancang sewa wifi. Maklumlah, bajet kan. Kehkeh...
Apps yang sangat membantu macam rome2rio, Tabimori, Japan Travel, Have Halal Will Travel dan etc...
Dan apps paling membantu adalah tokyosubway. Apps ni boleh offline. Jadi boleh dikatakan (bolehla kut, hehe) kitorg tak sesat pn masa guna subway. Signboard pun jelas.
Pastu plan siap2 tempat makan halal, google dari rumah lagi. Pastu snapshot, save dalam phone. jadi masa nak cari kedai halal tu, bukak phone tengok gambar.
Semua perjalanan dalam Tokyo kitorg guna Tokyo Subway 72 Hour Pass yang berharga JPY1500. Memang sangat murah berbanding beli tiket biasa. Kecuali masa hari pertama dan masa kat Odaiba sebab sana takde subway.
Day 0
Sandakan - Kota Kinabalu (6.15 pm - 7.05 pm)
Sampai KK, ktorg dating puas-puas di airport smpai pagi esok.
Day 1
Kota Kinabalu - Narita (7.40 am - 2.20 pm) - MH80
Makan dalam flight, sedap.
Touchdown Narita, ambil beg. Rehat di airport sekejap.
Beli Tokyo Subway 72 hour pass (JPY1500/pax)
Pakai pass ni memang sgt berbaloi sebab lagi jimat dari beli tiket setiap kali nak naik subway.
![]() |
| Tokyo Subway Pass 72 hours |
Dari Narita Airport ke Tokyo Station
Naik bas Kesei Skyliner ke Tokyo Station harga tiker JPY1000/pax
Kaunter tiket bas ade betul-betul depan balai ketibaan. Tempat tunggu bas pun kat luar terminal je.
Dari Tokyo Station, naik JR Keihin-Tohoku Line ke Oji Station (tempat penginapan) - JPY 170/pax
![]() |
| Tiket JR ke Oji Station. |
Sementara menunggu tuan rumah, ada sorg pakcik Jepun datang nk menolong. Dia tgh tunggu anak ngn cucu dia turun train. Agaknya dia fikir ktorg sesat kut, jadi bersungguh-sungguh la dia cuba explain dalam Jepun, Jadila mcm itik ngn ayam bercakap. Hehehe.. Nyesal pulak tak bergambar ngn beliau.
Malam - Siap mandi, makan maggi cup pastu pengsan
End of Day 1......
![]() |
| Tiba di Oji Station. |
| Penginapan ktorg 5 hari 4 malam. Dapat dari Airbnb |
Yoyogi Park, Meiji Jingu Shrine, Takeshita Dori,
Naik Subway
Stesen N16 Oji ke C02 (Yoyogi-Koen)
Sebab line tak sama dari depart ke destination, so kita kena tukar (transfer) line.
Transfer ni kadang2 dalam stesen yang sama, kadang2 kene keluar stesen then jalan kaki sikit ke stesen yang baru.
Korang boleh tgk apps tokyosubway tapi jgn lupa compare kan dgn maps, Sebab kadang2 dia bagi laluan yang jauh. So setiap kali nak naik, boleh compare dengan maps.
![]() |
| Ni Tokyo Subway Maps (www.tokyometro.jp) |
Yoyogi Park ni antara taman yang terbesar di Tokyo. Ada tasik, pokok-pokok dan benda2 biasa yang ada di taman lah. hehe..
| Pemandangan dari pintu masuk ke Yoyogi Park |
| Gambar dulu sekeping dua |
| Keluar dari park, belakang tu jalan menghala ke Meji Jingu Shrine. Belok kiri nanti nmpk signboard |
| Tokyo bakal host Olimpik 2020. Jadi, ke Tokyo lagi nanti? |
Di Meiji Jingu Shrine
Kitorg ke Takeshita Dori ni sebab nk ke Daiso Harajuku, antara Daiso terbesar di Jepun. Tapi ramainya org ya Tuhan. Dalam Daiso pun boleh jem.
Shinjuku-Akihabara
Shrine ni terletak bersebelahan je dgn Yoyogi Park. Jalan kaki dari park dalam 3 minit sampai ke pintu masuk shrine. TAPI, shrine nye jauuhh lagi. Dalam 10 minit walk lg baru nampak shrine nye. Detail pasal shrine ni boleh google la ye.
| Sebelum sampai shrine |
| Jauhnya nak menapak |
| Ada upacara kawen-kawen agaknye |
| Depan shrine |
Takeshita Dori (Takeshita Street)
Dari Meiji Jingu Shrine, tuju pulak ke Takeshita Dori. Tempat ni famous sebagai shopping street. Kaki2 shopping mmg ngam la ke sini.
Selain dari shopping Takeshita Dori jugak terkenal dengan crepe nye. Ramai blogger mencadangkan Marion Crepe sebab diorg kata ada crepe nye sedap dan halal. Memang sedap, dan harganya pun sedap jugak. Paling murah lebih kurang 400 yen (RM16). Crepe je pun...mahalnye.
![]() |
| Pakcik tu tgh bincang ngn wife dia nk beli ke xnk, agaknye la. Hehe |
| Dalam Daiso Harajuku |
Harajuku - Shibuya
F19 Meiji-jingumae Harajuku (ambik Fukutoshin Line towards F16 Shibuya)
Keluar Exit 6-8 atau Hachiko Exit
Hachiko Statue dan Shibuya Crossing. Keluar ikut exit ni, dapat la bergambar dengan Hachiko yang famous dengan kisah yang menyayat hati tu. Pastu konon nak join orang ramai2 lalu crossing yang besar gila tu, tapi sekali hujan daa.. jadi melintas la ktorg dengan payung berselirat2 dengan payung orang lain.
![]() |
| Ni je yg dapat di gambar |
![]() |
| Hachiko Statue |
Shibuya - Shinjuku
G01 Shibuya ke E28 Tochomae
(transfer line dari G line ke E line)
(transfer line dari G line ke E line)
Exit A4
Tokyo Metropolitan Government Building
Nak tengok pemandangan Tokyo City bolehla ke observatory yang ada dalam bangunan ni. Ada dua tower, North Observatory dan South Observatory
North Observatory bukak 9.30 pagi - 5.30 ptg
South observatory bukak 9,30 pagi - 11 malam.
Nak ke obervatories ni kena naik ke tingkat 45, Lalu security dulu, dia cek dulu beg kita, pastu dah lepas, baru boleh naik lif.
Tapi tgk cuaca dulu la. Kalau mendung, memang xnampak ape pn kat atas tu, nampak putih kabus je.
Tapi tgk cuaca dulu la. Kalau mendung, memang xnampak ape pn kat atas tu, nampak putih kabus je.
| Tak nampak jauh pn.. berkabus |
Dinner at Kaijin-Shinjukuhonten dekat southeast exit JR Shinjuku Station
Boleh tgk kt www.halalmedia.jp pasal restoren ni. Dalam trip advisor pn ade, blog pn byk tulis psl kedai ni.
Direction nak ke kedai ni boleh dapat dari http://www.affordorable.com/2016/03/halal-food-in-tokyo-halal-ramen-at.html
Makan seafood ramen. Harga JPY1860 untuk dua orang. Ktorg makan seafood ramen dengan spicy seafood ramen with rice ball. Rasanya? Ermm....Boleh la so so...
Direction nak ke kedai ni boleh dapat dari http://www.affordorable.com/2016/03/halal-food-in-tokyo-halal-ramen-at.html
Makan seafood ramen. Harga JPY1860 untuk dua orang. Ktorg makan seafood ramen dengan spicy seafood ramen with rice ball. Rasanya? Ermm....Boleh la so so...
![]() |
| Direction bergambar bagaimana nk ke Kaijin Shinnjukuhonten. (foto from www.affordable.com) |
![]() |
| Ni lah spicy ramen with rice ball |
| Pemandangan satu sudut kedai. (Foto from http://blog.miraafianti.com/) |
Habis makan, bergambar sikit2 then menghala ke Akihabara pulak.
Shinjuku-Akihabara
S01Shinjuku (Shinjuku Line towards Motoyawata) ke S08 Iwamotocho
Walk 5 min
Exit 3
Keluar ke Akihabara Shopping Area
Akihabara ni famous as electronic town. Banyak kedai2 jual barang2 elektronik. Selain tu, Akihabara jugak famous dengan Otaku (die-hard fans anime dan manga). Tapi sayangnya sebab hari hujan, tak dapat la nk tgk Otaku. Maybe diorg pn malu nk kluar hujan2 gini.
Akihabara - Oji
S08 Iwamotocho ke N16 Oji
Exit 1
Walk 11 minit
Sampai dah ktorg ke rumah Liyan, nama tuan rumah.
Makan jajan bekal, mandi2 solat
Pengsan.......
End of Day 2....














No comments:
Post a Comment