Saturday, 12 November 2016

Tokyoing 5 hari 4 malam mencari Shin Chan (Perbelanjaan dan sedikit tips la kononnya)

Bismillah...
Sekarang tiba ke part yang menjadi trend bila blogging pasal backpacking travel. Bab belanja.
Saya nak share sikit pasal segala kos yang dikeluarkan sepanjang  5 hari 4 malam kami di sana.
Murah ke mahal itu saya tak pasti la pulak. Terpulang kepada pembaca la menilainya. Hehe..
Saya senaraikan mengikut hari bagi 2 orang ye. 
Currency exchange
JPY100 = RM4.07

Day 1: 
Tokyo Metro 72 hour pass - JPY3000
Bas Keisei Narita dari airport ke Tokyo Station - JPY2000
JR Train ticket to Oji - JPY340
Beli air - JPY 120
............................................
Total Day 1  = JPY 5460
...........................................
Day 2
Breakfast nasi segera dari convenience store (Family Mart) - JPY108
Beli skarf kat Daiso Harajuku - JPY270
Beli Crepe kat Takeshita Dori - JPY890
Makan malam kat Kaiji Shinjukuhonten - JPY 1860
............................................
Total Day 2 = JPY3128
...........................................

Day 3
Breakfast di convenience store - JPY248
Return tiket bas ke Kawaguchiko - JPY7200
Makan soba di Kawaguchiko - JPY700
Beli pisang dan Onigiri di Lawson Kawaguchiko - JPY392
Makan beriani kambing di Restoren Indo Aladdin - JPY1200
......................................
Total Day 3 = JPY9740
.....................................

Day 4
Kebab di Ameyoko Street  - JPY 500
Souvenir - JPY2960
Tiker train Yurikamome Line ke Aomi (di Odaiba) - JPY760
Dinner di DiverCity - JPY1760
Tiket train balik ke Shimbashi station - JPY640
........................................
Total Day 4 = JPY6620
.......................................

Day 5 (last day)
Tiket bas dari Tokyo Station ke Narita Airport - JPY2000
Souvenir beli di airport - JPY1200
Makan di airport - JPY2420
..........................................
Total Day 5 = JPY5620
.......................................

So total perbelanjaan di Tokyo adalah JPY30,568
Bersamaan  RM1244 untuk dua orang

Tiket flight MAS pergi balik untuk dua orang dari Kota Kinabalu ke Narita = RM 1471
Bayaran penginapan Airbnb = RM295

So, total perbelanjaan 5 hari 4 malam ke Tokyo adalah RM3010 untuk dua orang. So per pax adalah RM1505.

Sedikit tips yang tak seberapa dari saya.
1. Rancang itinerari anda terlebih dahulu. Google la sepuas-puasnya. Cek cuaca dulu, pastikan pakaian yang bakal dibawa bersesuaian.
2. Pastikan anda clear dari halangan imigresen. Boleh cek kat sspi2.imi.gov.my
3. Tulis makanan dan ubat-ubatan yang anda bawa. Mana tau diminta nanti kat kastam airport sana.
4. Hotel kat Tokyo mahal. Cari pilihan lain. Penginapan kami dari Airbnb. Dapat private room, tandas kongsi. Walaupun kecik, tapi selesa. Boleh klik link ini www.airbnb.com/c/azmana86

Resit Airbnb

5. Pilih transport yang murah. Guna pass macam Metro Pass. Kalau nak jalan-jalan jauh dari Tokyo, boleh guna JR Pass. Tapi mahal sikit la. Shinkansen kami tak naik walaupun teringin sangat nak cuba. Hehe..
6. Breakfast itu penting. Kami beli nasi segera beli dekat Family Mart tepi JR Oji Station, makan kat situ je berlaukkan serunding dengan sambal tempe bawak dari Malaysia, sedapla jugak... 

Family Mart, tempat sarapan setiap pagi.
Nasib baik 4 hari je. Klau sebulan, mau menyampah tengok. Hehe



Pemandangan dari dalam kedai Family Mart.
Breakfast mesti makan nasi sebab nak jalan jauh. Simpan tenaga banyak-banyak.
7. Bawak snek dalam beg sebelum pegi jalan. Kami sedia dengan coklat bar (beli siap-siap di Sabah) dan onigiri dalam beg, bila lapar je makan. Malam bila smpai kat rumah, masak maggi cup. Cuaca sejuk-sejuk memang sedap makan maggi.
8. Pastikan air masak sentiasa ada. Kena pastikan minum air masak banyak-banyak supaya kekal terhidrat. Penting untuk jaga kesihatan kat tempat orang ni.
9. Restoran kat sana setakat yang kami masuk, tak ada order air. Diorang bagi air masak sebaik saja kita duduk.
10. Suhu lebih kurang 16 darjah celcius masa kami pergi. Lebih baik sedia dengan mask dan eye drop. Mata kering kalau jalan lama dalam suhu sejuk dan udara kering.
Bawak losyen, kalau tak habis la mengelupas kulit muka.

Setakat ini saja kisah perjalanan kami berTokyo 5 hari 4 malam. Semoga bermanfaat kepada pembaca-pembaca. Maaf andai kata penulisan saya ada menyinggung perasaan pembaca. Segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri.
Wallahua'lam










Tokyoing 5 hari 4 malam mencari Shin Chan (Day 3, Day 4 and Last Day)

DAY 3
Mount Fuji
Tokyo Station - Kawaguchiko Station (JPY1800 sehala / pax)
Beli tiket bas ke Kawaguchiko Station  di JR Highway Bus Terminal, Yaesu South Exit Tokyo Station.
Beli siap-siap tiket balik. Dapat tiket balik awal pulak, 6.30 petang.
Tak booking awal, akibat
nya dapat bas lewat, jam 10.20 pagi.
Perjalanan 2 jam, tengahari baru sampai.

Beratur je diorg ni. Pemandangan di terminal bas Tokyo Station
Yaesu North Exit. Sebelah kiri sikit ada South Exit

Tasik Kawaguchi (Kawaguchiko)
Tasik terbesar antara 5 tasik di kaki gunung Fuji.
Nak sightseing kat sini boleh guna Kawaguchiko Sightseing Retro Bus, JPY1200 / pax, jadi boleh la sampai ke sekeliling tasik dan tasik lain sekitarnya. Tapi kami tak naik sebab takut tak sempat, rugi je nanti beli tiket.
Banyak tempat-tempat menarik sekitar tasik ni, boleh tengok kat http://mtfuji-jp.com/lake-kawaguchi/
Sambil jalan-jalan tu, kami makan snek yang di bawak dari kampung dan yang baru dibeli, buat alas perut.


Pemandangan sekitar Kawaguchiko. Awal musim luruh.
Cuaca tak berapa bagus, jadi tak dapat la tengok puncak gunung Fuji. Melepas....

Ni lah snek kami. Terliur tak? Ekeke....
Makan petang merangkap malam kat Aladdin Indo Restaurant, menyediakan makanan India yang halal. Kami makan beriani kambing, harganya JPY1200. Order sepinggan je cukup dah. Rasanya? Memang sedap, antara paling sedap pernah kami makan, nasinya gebu, kambingnya lembut, sampai sekarang teringat-ingat. Hehe..

Beriani kambing. Memmang sedap...

6.30 petang, bertolak balik ke Tokyo Station.
Perasaan tak puas sebab rasa sekejap sangat. Sepatutnya bermalam lagi bagus.

8.30 malam, tiba di Tokyo Station.
Ambil metro ke Roppongi Hills (H04)
Jalan-jalan sekitar Roponggi Hills.



Pemandangan sekitar Roppongi Hills

Kebetulan ada Tokyo International Film Festival 2016.



Balik naik metro di Azabu-juban (N04) terus ke Oji (N16)
Jauh gak menapak ke stesen ni dari Roppongi.

Dalam perjalanan ke Stesen Azabu-juban, terserempak Batman tengah bertugas
Sampai rumah
Mandi-mandi, bersiap, pengsan.
End of Day 3



DAY 4

Ueno Park, Nakamise Street, Odaiba

Ueno Park
N16 Oji to G16 Ueno. Exit 7-9
Seberang jalan, sampai Ueno Park.
Pusing-pusing Ueno park. Pemandangan taman biasa.


Kemudian terus ke Ameyoko Street. Seberang jalan je dari Ueno Park tu.


Ameyoko ni shopping street jugak macam sebelum-sebelum ni. Kat sini tak tau nk beli apa. Makan kebab je.  Banyak kedai-kedai jual kebab kat sini.


Pemandangan sekitar Ameyoko Street

Kebab 500 yen

Nakamise Dori (Nakamise Street), Sensoji Temple

G16 Ueno - G19 Asakusa. Exit 1,3
Cari souvenir murah-murah. Tapi sangatla ramai orang. Dapatla beli fridge magnet dan tshirt. Tak la murah mane pun. Kat Narita Airport lagi murah tau fridge magnet tu.

Nakamise Street. Penuh sesak

Sensoji Temple.

Odaiba, Rainbow Bridge, Palette Town, Toyota Mega Web, DiverCity Tokyo Plaza

G19 Asakusa - A10 Shimbashi
Kat Shimbashi. kena tukar private local train Yukikamome ke Aomi, JPY280/pax. Sebab kat sini takde metro.
Jalan-jalan kat area sini memang best, Tak puas. Pemandangan lawa terutamanya waktu malam.
Kalau rajin dan bertenaga dan masih muda, boleh jalan kaki merentas Rainbow Bridge. Tapi kami dah tua, jadi malas la nak jalan. 30 minit tuu... hehe. Jadi tengok Raibow Bridge dari jauh jela...

Pemandangan Rainbow Bridge dari kejauhan

Kt Jepun pun ada makhluk ni
Area Odaiba ni jugak ada disediakan shuttle bus, free je. Boleh naik dari DiverCity, Aqua City dan banyak tempat lagi.
Toyota Mega Web ada dalam Palette Town. DiverCity pulak dekat je dengan Palette Town tu. Jalan kaki dalam2-3 minit je.



Dalam Toyota Mega Web
Tempat wajib bergambar kalau datang ke DiverCity
Dinner kat Shinshu Sobadokoro Sojibo, Tingkat 6, betul-betul depan escalator.
Restoren ni menyediakan makanan Jepun halal. Kami makan soba. Rasanya? Ermm boleh la so so...yang penting halal kan?
Depan kedai. Susah nak jumpa kalau tak pandai baca Jepun

Certificate of Halal Compliance by Malaysian Government. Bangga rasanya

Ini lah dinner kami. Tak ingat la nama menu dia. Yang pasti, soba.
Lepas makan, bertolak balik.
Tapi singgah Ginza dulu. Nak tengok Uniqlo Store terbesar di dunia. Ingat nak beli la baju selai dua. Sekali sampai, dah nak tutup dah. Jadi sempat masuk tengok-tengok je.. uhuk uhuk..



Uniqlo Ginza. 12 tingkat tu..
Keluar Uniqlo, jalan-jalan sikit tapi tak mampu nak pergi jauh dah. Lutut dah nak tercabut.
So? Balik la...
End of Day 4


DAY 5 (Last day sudah...)
Sebab hari ni metro pass dah expired, jadi tak jalan mana la.
Pagi ronda-ronda sekitar stesen Oji je.
Sempitnya jalan

Ruang antara dua buah rumah

Vending machine merata-rata



Parking basikal. Betul-betul depan JR Oji Station

Check out jam 11. Naik JR ke Tokyo Station. Ronda-ronda sekitar Tokyo Station pulak.
Petang baru naik bas ke Narita Airport, guna bas Access Narita, JPY1000/pax. Lagi murah dari naik train. Beli tiket masa nak naik bas je, tak payah beli di kaunter.
Perjalanan ambik masa 90 minit.
Sampai Narita Airport Terminal 2, makan nasi kari di Restoren La Toque.
Rasanya? Hehe..
Di La Toque Restaurant
Kat sini ada 3-4 buah restoran yang halal certified, jadi makan kat sini takde masalah. Yang masalah, duit je.

Check in, take off, sayonara Tokyo.......Till we meet again...
 Eh jap, Lupa pulak. Tajuk entry mencari Shin Chan. Jadi akhirnya terjumpa jugak Shin Chan. Dia ada dalam Stesen Tokyo. Ni lah gambar dia.

Watak yang mewarnai hidup saya masa muda dulu. Hehe...

Next Entry..
Berapa banyak habis duit.
Bye...



Monday, 7 November 2016

Tokyoing 5 hari 4 malam mencari Shin Chan (Day 1 and 2)




Assalamualaikum semua..
First entry, baru nk berjinak-jinak dalam dunia blogging. Kalau ade terkurang terlebih, harap maafkan ye.

Di sini saya nk kongsi dengan pembaca sekalian tentang itinerari dan pengalaman saya jalan2 ke Tokyo baru2 ni termasuk segala kos. Saya tak pasti  tu bagi pembaca2 sekalian murah ke mahal.

Planning kami ambik masa lebih kurang sebulan. Plan nya termasuk cari tempat2 menarik dan cara nak ke situ. Banyak info boleh dapat dari www.japan-guide.com, https://www.jnto.go.jp. 
Download siap-siap  apps yang offline. Sebab kami tak rancang sewa wifi. Maklumlah, bajet kan. Kehkeh...
Apps yang sangat membantu macam rome2rio, Tabimori, Japan Travel, Have Halal Will Travel dan etc...
Dan apps paling membantu adalah tokyosubway. Apps ni boleh offline. Jadi boleh dikatakan (bolehla kut, hehe) kitorg tak sesat pn masa guna subway. Signboard pun jelas.
Pastu plan siap2 tempat makan halal, google dari rumah lagi. Pastu snapshot, save dalam phone. jadi masa nak cari kedai halal tu, bukak phone tengok gambar.

Semua perjalanan dalam Tokyo kitorg guna Tokyo Subway 72 Hour Pass yang berharga JPY1500. Memang sangat murah berbanding beli tiket biasa. Kecuali masa hari pertama dan masa kat Odaiba sebab sana takde subway.

Day 0
Sandakan - Kota Kinabalu (6.15 pm - 7.05 pm)
Sampai KK, ktorg dating puas-puas di airport smpai pagi esok.

Day 1
Kota Kinabalu - Narita (7.40 am - 2.20 pm) - MH80
Makan dalam flight, sedap.
Touchdown Narita, ambil beg. Rehat di airport sekejap.
Beli Tokyo Subway 72 hour pass (JPY1500/pax)
Pakai pass ni memang sgt berbaloi sebab lagi jimat dari beli tiket setiap kali nak naik subway.
Tokyo Subway Pass 72 hours

Klau ikut pengiraan, ktorg kena sedia lebih kurang JPY1000 setiap hari utk tiket train saja. Tapi ngn pass ni, sesat byk kali pn xyah risau sebab unlimited ride dalam masa 72 jam dari penggunaan pertama. Subway station pn banyak  dan dekat dengan tourist attractions. Pass ni jugak boleh digunakan utk dua jenis subway yg utama di Tokyo iaitu Tokyo Metro Line dan Toei Line.

Dari Narita Airport ke Tokyo Station
Naik bas Kesei Skyliner ke Tokyo Station harga tiker JPY1000/pax
Kaunter tiket bas ade betul-betul depan balai ketibaan. Tempat tunggu bas pun kat luar terminal je.
Dari Tokyo Station, naik JR Keihin-Tohoku Line ke Oji Station (tempat penginapan) - JPY 170/pax
Tiket JR ke Oji Station.

Di Oji Station, tunggu tuan rumah datang ambil.
Sementara menunggu tuan rumah, ada sorg pakcik Jepun datang nk menolong. Dia tgh tunggu anak ngn cucu dia turun train. Agaknya dia fikir ktorg sesat kut, jadi bersungguh-sungguh la dia cuba explain dalam Jepun, Jadila mcm itik ngn ayam bercakap. Hehehe.. Nyesal pulak tak bergambar ngn beliau.
Malam - Siap mandi, makan maggi cup pastu pengsan
End of Day 1......
Tiba di Oji Station.

Penginapan ktorg 5 hari 4 malam. Dapat dari Airbnb 
Day 2:

Yoyogi Park, Meiji Jingu Shrine, Takeshita Dori,
Naik Subway
Stesen N16 Oji ke C02 (Yoyogi-Koen)
Sebab line tak sama dari depart ke destination, so kita kena tukar (transfer) line.
Transfer ni kadang2 dalam stesen yang sama, kadang2 kene keluar stesen then jalan kaki sikit ke stesen yang baru.
Korang boleh tgk apps tokyosubway tapi jgn lupa compare kan dgn maps, Sebab kadang2 dia bagi laluan yang jauh. So setiap kali nak naik, boleh compare dengan maps.
Ni Tokyo Subway Maps (www.tokyometro.jp)
Kat C02 tu, ambik exit 4, pusing kanan, jalan 10 minit sampai la ke Yoyogi Park
Yoyogi Park ni antara taman yang terbesar di Tokyo. Ada tasik, pokok-pokok dan benda2 biasa yang ada di taman lah. hehe..

temupetai.blogspot.com
Pemandangan dari pintu masuk ke Yoyogi Park

Gambar dulu sekeping dua
Tapi kat sini ktorg tak spend masa byk sgt. Ambik gambar sekeping dua, then terus ke Meiji Jingu Shrine.

Keluar dari park, belakang tu jalan menghala ke Meji Jingu Shrine. Belok kiri nanti nmpk signboard
Tokyo bakal host Olimpik 2020. Jadi, ke Tokyo lagi nanti?

Di Meiji Jingu Shrine
Shrine ni terletak bersebelahan je dgn Yoyogi Park. Jalan kaki dari park dalam 3 minit sampai ke pintu masuk shrine. TAPI, shrine nye jauuhh lagi. Dalam 10 minit walk lg baru nampak shrine nye. Detail pasal shrine ni boleh google la ye.


Sebelum sampai shrine

Jauhnya nak menapak

Ada upacara kawen-kawen agaknye

Depan shrine


Peminat cilik ajak bergambar. Terpaksa la layankan je.

Takeshita Dori (Takeshita Street)

Dari Meiji Jingu Shrine, tuju pulak ke Takeshita Dori. Tempat ni famous sebagai shopping street. Kaki2 shopping mmg ngam la ke sini. 



Selain dari shopping Takeshita Dori jugak terkenal dengan crepe nye. Ramai blogger mencadangkan Marion Crepe sebab diorg kata ada crepe nye sedap dan halal. Memang sedap, dan harganya pun sedap jugak. Paling murah lebih kurang 400 yen (RM16). Crepe je pun...mahalnye.

Strawberi crepe

Pakcik tu tgh bincang  ngn wife dia nk beli ke xnk, agaknye la. Hehe

Kitorg ke Takeshita Dori ni sebab nk ke Daiso Harajuku, antara Daiso terbesar di Jepun. Tapi ramainya org ya Tuhan. Dalam Daiso pun boleh jem.
Dalam Daiso Harajuku


Harajuku - Shibuya
F19 Meiji-jingumae Harajuku (ambik Fukutoshin Line towards F16 Shibuya)
Keluar Exit 6-8 atau Hachiko Exit
Hachiko Statue dan Shibuya Crossing. Keluar ikut exit ni, dapat la bergambar dengan Hachiko yang famous dengan kisah yang menyayat hati tu. Pastu konon nak join orang ramai2 lalu crossing yang besar gila tu, tapi sekali hujan daa.. jadi melintas la ktorg dengan payung berselirat2 dengan payung orang lain.

Ni je yg dapat di gambar


Hachiko Statue


Shibuya - Shinjuku
G01 Shibuya ke E28 Tochomae
(transfer line dari G line ke E line)
Exit A4
Tokyo Metropolitan Government Building
Nak tengok pemandangan Tokyo City bolehla ke observatory yang ada dalam bangunan ni. Ada dua tower, North Observatory dan South Observatory
North Observatory bukak 9.30 pagi - 5.30 ptg
South observatory bukak 9,30 pagi - 11 malam.
Nak ke obervatories ni kena naik ke tingkat 45, Lalu security dulu, dia cek dulu beg kita, pastu dah lepas, baru boleh naik lif.
Tapi tgk cuaca dulu la. Kalau mendung, memang xnampak ape pn kat atas tu, nampak putih kabus je.

Tak nampak jauh pn.. berkabus

Dinner at Kaijin-Shinjukuhonten dekat southeast exit JR Shinjuku Station
Boleh tgk kt www.halalmedia.jp pasal restoren ni. Dalam trip advisor pn ade, blog pn byk tulis psl kedai ni.
Direction nak ke kedai ni boleh dapat dari http://www.affordorable.com/2016/03/halal-food-in-tokyo-halal-ramen-at.html
Makan seafood ramen. Harga JPY1860 untuk dua orang. Ktorg makan seafood ramen dengan spicy seafood ramen with rice ball. Rasanya? Ermm....Boleh la so so...

Direction bergambar bagaimana nk ke Kaijin Shinnjukuhonten. (foto from www.affordable.com)


Ni lah spicy ramen with rice ball

Pemandangan satu sudut kedai. (Foto from http://blog.miraafianti.com/)
Habis makan, bergambar sikit2 then menghala ke Akihabara pulak.

Shinjuku-Akihabara
S01Shinjuku (Shinjuku Line towards Motoyawata) ke S08 Iwamotocho
Walk 5 min
Exit 3
Keluar ke Akihabara Shopping Area
Akihabara ni famous as electronic town. Banyak kedai2 jual barang2 elektronik. Selain tu, Akihabara jugak famous dengan Otaku (die-hard fans anime dan manga). Tapi sayangnya sebab hari hujan, tak dapat la nk tgk Otaku. Maybe diorg pn malu nk kluar hujan2 gini.
Akihabara, masih lagi hujan. Tak bergambar mana la
Pemandangan Akihabara
Akihabara - Oji
S08 Iwamotocho ke N16 Oji
Exit 1
Walk 11 minit
Sampai dah ktorg ke rumah Liyan, nama tuan rumah.
Makan jajan bekal, mandi2 solat
Pengsan.......

End of Day 2....